Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

[REKOD]: Terjunan bebas paling tinggi dari angkasa lepas setinggi 39.04 KM

Written By News Terkini on Tuesday 16 October 2012 | 12:08


Misi Red Bull Stratos merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai, apatah lagi setelah ditangguhkan pada kali pertama. Dan dengan kejayaan yang dilakukan semalam, ia bukan sahaja mencatat sejarah dalam dunia Sains, tetapi turut membawa kepada sebuah angka yang menarik dalam sejarah YouTube.

Menurut YouTube, seramai 8 juta penonton menontonnya pada waktu yang sama melalui siaran langsung yang dilakukan pada saluran RedBull di YouTube. Namun, angka keseluruhan penonton untuknya tidak dikeluarkan oleh pihak YouTube buat masa ini.
Daripada misi yang memfokuskan untuk pengumpulan data berkaitan yang akan membolehkan pelepasan beraltitud tinggi dari kapal angkasa itu, antara angka yang dicatatkan adalah termasuk:
  • Terjunan paling tinggi dari platform, pada ketinggian 128,100 kaki, iaitu 4.4 kali ganda lebih tinggi dari Gunung Everest.
  • Kelajuan pecutan maksimum : 833.9 mph, bersamaan 1,342.8 km/h
Anda boleh mendapatkan info terkini tentang misi tersebut melalui laman www.redbullstratos.com.



Sumber,
www.amanz.my


Keyword:
felix baumgartner, felix baumgartner, felix baumgartner, jump, space, Red Bull Stratos, Red Bull Stratos, earth, bumi, terjunan, tinggi, angkasa lepas, belon udara