Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

NASA temui Planet Baru pada jarak 378.4 Trillion KM dari Bumi

Written By News Terkini on Monday 15 October 2012 | 21:51



WASHINGTON: Kerlipan bintang bukan satu-satunya berlian di ruang angkasa. Ini kerana pakar sains melaporkan penemuan “planet berlian” bersaiz dua kali ganda Bumi dan lapan kali kadar jisim berlegar berdekatan bintang. Penyelidik bidang fizik dan astronomi dari Yale, Nikku Madhusudhan berkata, penemuan berkenaan bermakna bahawa planet berbatu tidak lagi boleh dianggap mempunyai elemen kimia, bahagian dalam, atmosfera atau biologi sama seperti Bumi. Planet terbaru itu mula dipantau tahun lalu tetapi penyelidik menganggap bahawa ia sama seperti kimia di Bumi.

Hanya selepas analisis lebih lanjut daripada penyelidik Perancis-Amerika Syarikat mengesahkan planet berkenaan berbeza dengan Bumi.

Di London pula, Sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Planet berkenaan yang dipanggil ‘55 Cancri e’ mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer.

Ia bergerak terlalu pantas hingga tempoh setahun di sana hanya mengambil masa kira-kira 18 jam.
Penemuan oleh sepasukan penyelidik Amerika Syarikat-Perancis, garis pusatnya juga dua kali ganda daripada Bumi manakala jisimnya lapan kali lebih besar. Mungkin setahun yang dimaksudkan penulis ialah tempoh planet tersebut mengelilingi bintangnya.


Itu bermakna kepadatannya sama seperti Bumi, walaupun ada planet berlian sebelum ini mempunyai kepadatan lebih tinggi.

Planet berlian juga berkeadaan amat panas dengan suhu permukaannya mencecah 1,648 Celsius. “Permukaan planet ini diliputi grafit dan berlian berbanding air dan granit,” kata penyelidik Yale, Nikku Madhusudhan.

Penemuannya itu akan diterbitkan dalam jurnal Astrophysical Journal Letters. Dalam kajian itu, Olivier Mousis dari Institut de Recherce en Astrophysique et Planetologie di Toulouse, Perancis, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jisim planet itu yang menyamai kira-kira tiga jisim Bumi, mengandungi berlian.

Penemuan berkenaan juga adalah yang pertama kali planet berlian dilihat mengelilingi bintang seperti matahari membolehkan kajian dijalankan dengan terperinci.

“Ini adalah gambaran pertama dunia batuan dengan asas kimia berbeza dari Bumi,” kata Madhusudhan.

Beliau juga berkata, penemuan planet yang kaya dengan karbon itu bermakna, planet berbatu yang jauh tidak lagi dianggap mempunyai persamaan dengan bumi dari segi juzuk kimia, keadaan dalaman, atmosfera atau biologinya.

Seorang ahli astronomi di Universiti Princeton, David Spergel juga berkata, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti struktur asas dan sejarah sesuatu bintang jika jisim dan usianya diketahui.

“Planet adalah lebih kompleks. Planet lebih besar daripada Bumi kaya dengan berlian ini satu daripada contoh hasil penemuan yang bakal ditemui untuk kita memulakan penerokaan planet dekat dengan bintang,” kata Spergel.

Jarak diantara planet ini dengan bumi adalah hampir 50 kali ganda berbanding jarak diantara Bumi dengan Pluto. Kedudukan planet Berlian ini juga lebih jauh dari sistem suria jiran kita, Alpha Centauri yang berada 41.321 Trillion KM (4.367 Tahun Cahaya) dari Bumi. Jika anda berkeinginan untuk mengutip berlian di Planet tersebut, anda perlu menempuh perjalanan selama 40 tahun menggunakan kenderaan yang bergerak sepantas cahaya.

Lihatlah kebesaran Allah. Kita takut untuk melanggar undang-undang dunia, tapi dengan mudahnya kita melanggar Arahan Allah, Tuhan Sekalian Alam. Muhasabah diri.

Sila Share untuk kebaikan bersama.


Sumber,

www.Harian-Metro-Online.com 
www.MyBerita.com
www.Berita-Harian-Online.com

Rujukan,
- http://news.nationalgeographic.com/news/2012/10/121011-diamond-planet-space-solar-system-astronomy-science/
- http://www.theglobeandmail.com/technology/science/diamond-planet-discovered-40-light-years-from-earth/article4605246/