Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

Ramai umat Islam salah guna Surah An-Nisa ayat 59

Written By News Terkini on Sunday 7 October 2012 | 09:35

Wahai orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada rasul dan ‘ulul-'amri’ (pentadbir) antara kamu. Sekiranya ada perselisihan mengenai sesuatu, hendaklah kamu kembalikan kepada Allah dan rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Itulah yang paling elok dan (ianya) kesudahan yang paling baik - An-Nisa, ayat 59

Dalam ayat ini disebut taat pd Allah, taat pada Rasul, dan ulul-amri dikalangan kamu. Tidak ada perkataan "taat" pada ulul amri. Bermakna taat mutlak hanya pada Alah dan Rasul, kita tidak perlu taat mutlak pada Ulul-Amri. Jika ulul amri melakukan kesalahan atau arahan yg bertentangan dengan Syariat Islam, haram untuk kita ikuti. Kita mesti tentang. Jika berlaku permasalahan, kembalilah kepada Allah dan Rasul. Contohnya tentang permasalahan jenayah, Allah mewajibkan pemerintah yang beragama Islam untuk melaksanakan undang-undang Islam. Tapi ada sesetengah pihak menolak undang-undang Islam, pada pandangan mereka undang-undang Islam ini tak sesuai, mereka beranggapan undang-undang buatan manusia lebih sesuai untuk dilaksanakan.

Mereka bukan orang kafir, mereka adalah penganut Agama Islam, malah mereka secara terang-terangan menyatakan pendirian mereka untuk menolak undang-undang Islam. Undang-undang manusia mempunyai banyak kelemahan, sedangkan Allah itu Maha Bijaksana.

Persoalan yang kedua, siapakah Ulul-Amri?

Menurut kitab tafsir Fathul Qadir, imam Syauki, "Ulul Amri sebenarnya ialah ahli Quran dan orang berilmu." Pemimpin sesebuah negara tidaklah boleh dianggap sebagai ulul Amri jika mereka bukan ahli Quran dan Ulama'.

Menurut Imam Baghawi, dari Ibnu Abbas dan Jabir, iaitu dua org yg pakar dalam ilmu tafsir Al-Quran, "Ulul Amri ialah orang yang fakih tentang Agama. Pemimpin yang patut kita patuh ialah Ulama''.

Menurut Saidina Ali, "Pemimpin sepatutnya berhukum dengan hukum Allah.." Tapi sedih ada sesetengah pihak, malah pemimpin negara Islam menganggap undang-undang buatan manusia itu lebih baik dari undang-undang Allah. Nauzubillahiminza'alik.


Lebih sedih lagi kebanyakkan pihak hanya beriman dengan sebahagian dari ayat tersebut, "Wahai orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada rasul dan ‘ulul-'amri’ (pentadbir) antara kamu."

Itupun mereka salah tafsir ayat ini mengikut kepentingan hawa nafsu mereka.

Sila Sebarkan.