Berita Terkini
[VIDEO] Anugerah Skrin 2012 TV3, Zizan dan Pierre Andre
Written By News Terkini on Monday, 12 November 2012 | 04:20
Pierre Andre mengejutkan para penonton, apabila di Anugerah Skrin, TV3 beliau membuat satu kenyataan yang sangat menyentuh hati ramai pihak dan mengingatkan kita kepada Allah. Antara petikan kenyataan Pierre Andre,
"Saya datang sini nak sampai satu perkara je, iaitu anugerah yang paling besar ialah Kalimah Lailahaillallah yang Allah kurniakan kepada kita semua. Peliharalah kalimah ini, Allahuakbar, Love Allah, Love Muhamamd."
Tak kurang juga ucapan Zizan yang secara bersenda-gurau mengingatkan kita semua tentang hukum menyentuh yang bukan Mahram. Di bawah disertakan sekali video tersebut.
Ucapan Zizan Anugerah Skrin 2012, TV3
Ucapan Pierre Andre Anugerah Skrin 2012, TV3
Pierre Andre juga pernah dilihat menghadiri Kuliyah Ustaz Azhar Idrus, gambar tersebut pernah dikongsikan oleh beberapa Fanpage Facebook. Sesiapa yang mempunyai gambar tersebut, boleh lah sumbangkan link di ruangan komen. Admin mengucapkan tahniah kepada Zizan dan Pierre Andre. Semoga ramai lagi artis yang berhijrah selepas ini.
SHARE-SHARE untuk manfaat bersama...
Labels:
Dalam Negara,
Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment