Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia

Written By News Terkini on Tuesday 27 November 2012 | 10:13





Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Insomnia boleh dikategorikan kepada TIGA kelas:
  1. Sukar memulakan tidur dan melelapkan mata.
  2. Jaga terlalu awal pagi dan tidak boleh tidur kembali.
  3. Kerap terbangun di tengah malam dan mengantuk di siang hari.
Punca-punca berlakunya masalah insomnia:
  1. Tekanan dirumah atau tempat kerja.
  2. Peribahan cara hidup, seperti berpindah ke rumah baru.
  3. Bilik yang sesak dengan ramai orang.
  4. Penyakit kerap buang air kecil, takut dan sebagainya.
  5. Pertambahan usia.
  6. Cemas dan tertekan.
Apakah kaedah mengatasi masalah insomnia ini:
  1. Usaha untuk tidur pada masa yang sama setiap malam.
  2. Pastikan tempat tidur nyaman dengan suhu yang sesuai.
  3. Jangan fikirkan masalah anda seharian, keluarkan masalah tersebut, dan keluarkan di sisi.
  4. Bersenam pada petang hari dan jangan bersenam sebelum tidur.
  5. Jauhi arak dan rokok.
  6. Hindari kebiasaan tidur siang.
  7. Jika masih sukar tidur, jangan paksa baring dan mencemaskan diri. Minum lah susu, membaca atau mendengar muzik lembut dan cuba tidur kembali.
  8. Jika tidak berkesan, hubungi doktor. 

Sumber, 
psikologizone.com


SHARE-SHARE, bantu kawan2 kita yg susah tidur malam. 

0 comments:

Post a Comment