Berita Terkini
[PELIK]: Noraini Fasih berbahasa Cina dan Korea selepas kemalangan
Written By News Terkini on Friday, 19 October 2012 | 01:24
Pelik, tapi itulah hakikat seorang perempuan berusia 17 tahun dari Besut, Terengganu. Perkara pelik ini berlaku empat hari selepas beliau dilanggar dari belakang oleh sebuah lori ketika sedang menaiki motorsikal yang ditunggangi abangnya.
Beliau mendakwa dirinya mampu bertutur dalam Bahasa Korea dan Mandarin pada awal pagi. Loghat bahasa Melayunya juga berbeza, seolah-olah orang Korea yang baru belajar bahasa Melayu.
Menurut ibunya, ketika Noraini dirawat di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, seorang doktor pakar mendakwa apa yang dialami Noraini ialah Sinoklosi, dimana seseorang mampu bertutur dalam bahasa yang tidak pernah dikatahuinya.
Noraini juga mampu menterjemahkan drama Korea dan Mandarin beserta sari kata. Walabagaimanapun, beliau sering mengalami sakit kepala sehingga mengganggu kelas pelajarannya.
Dipersilakan Share.♥
Labels:
Dalam Negara