Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

[MENARIK] Siapakah Golongan Tabi'in?

Written By News Terkini on Wednesday 7 November 2012 | 04:52

 

Kuliah Ustaz Nazmi Karim dimulakan dengan Asma’ul Husna.

Tabi’in ni ialah orang yang tak berjumpa dengan Nabi, hanya sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat Nabi. Ada dua jenis tabi’in. Kibarut tabi’in ialah yang veteren-veteren, dapat jumpa sahabat besar. Sigharut tabi’in dapat jumpa anak-anak sahabat atau jumpa sahabat-sahabat yang masih kecil di zaman Nabi.

Sahabat pula ialah mereka-mereka yang memenuhi 3 syarat ini, iaitu pertama yang sempat bertemu dengan Nabi dalam keadaan jaga. Dalam mimpi tak aci ar.. Ko mimpi jumpa Nabi malam ni, dah ngaku sahabat Nabi tak boleh ar.. Kedua, mesti beriman. Kalau ko jumpa Nabi hari-hari, tapi ko menentang Nabi, lawan Nabi, tu bukan sahabat, tu wamangkuki waljambani namanya. Ketiga, mati dalam keadaan Islam. Pada zaman selepas kewafatan Nabi, berlaku pada Ubaidillah b Jahsyin, dia antara yang terawal peluk Islam. Dia pindah ke Ethiophia, kemudian dia tengok kat sana ramai orang Kristian. Lalu dia pun convert Kristian. Dia tidak tergolong dalam kategori sahabat.

Antara contoh para tabi’in ni antaranya ialah Imam Syafie, Imam Maliki, Hassan al-Basri, dan Nabi kata sebaik-baik tabi’in ialah Uwais.

Okey, nak cite pasal kisah Ulwah bin Az-zubair dan adik beradiknya. Dikisahkan di rukun yamani depan kaabah, ada 4 kanak-kanak awal remaja tengah bersembang, iaitu Abdullah bin Az-zubair, Mus’ab bin Az-zubair, Abdul Malik bin Marwan, dan Ulwah bin Az-Zubair. Tengah syok sembang punya sembang, salah seorang berkata “alang-alang dah ada depan kaabah ni, jom kita berdoa. Kan Nabi kata doa depan kaabah antara tempat afdhal”. Masing-masing dok pikir apa cita-cita mereka yang paling tinggi, supaya Allah makbulkan. Korang agak-agak diorang pikir apa? Success SPM? SPM, sijil pelajaran malaysia tu tak penting tuan-tuan. Yang penting tu ialah SPM, sijil padang mahsyar. Korang pass SPM, tak lega lagi, kena cari kerja, usaha macam-macam. Kalau pass paang mahsyar, lega hati tak terkata, masuk syurga.

Masing-masing duk pikir ape nak hajat pada Allah. Orang Arab zaman dulu ni cita-cita diorang memang tinggi giler. So, Abdullah pun doa “Ya Allah, aku bercita-cita untuk menguasai seluruh Hijjaz (semenanjung Arab) dan jadikan aku khalifah.”. Mus’ab pula berdoa “aku bercita-cita ingin menguasai Kuffah dan Basrah (ibu negara Islam yang hebat suatu ketika dulu) dan jadikan aku khalifah”. Abdul Malik bin Marwan pula doa “aku berdoa agar aku dapat menguasai seluruh dunia, dan jadikan aku khalifah”. Ulwah pula senyap sahaja dari tadi. Adik beradik dan kawannya bertanya, ko tak nak doa ke Ulwah? Nak kawen 4 ke, nak tender projek ke.

Ulwah berdoa tak lama selepas tu, “yang pertama, aku doakan semoga Allah berkatkan apa yang kamu semua minta berkaitan dunia, adapun aku, aku berdoa agar Allah jadikan aku orang yang alim, orang yang beramal dengan ilmu, dan aku mahu mengajar orang tentang al-quran dan hadis Nabi, nak ajarkan hukum-hakam agama, supaya aku berjaya mendapat redha serta rahmat Allah dan mengecapi syurga.”

Tuan-tuan, orang alim yang tak beramal dengan ilmu nya diriwayatkan akan masuk neraka lebih awal dari penyembah berhala, kira-kira 500 tahun sebelum penyembah berhala masuk. Ilmu yang tak diamal umpama kereta tak ada stereng. Dari hadis, ada 3 orang yang mula-mula masuk neraka, orang yang hafal al-quran. Aik? Kenapa orang hafal al-quran masuk neraka nih? Mula-mula skali plak tuh? Sebab dia hafal al-quran tapi tak amalkan dan sebab nak orang kata suara dia sedap. Lagi sape korang agak-agak? Pembunuh upahan? Penzina? No no noo.. orang alim yang banyak ilmu sebab nak orang pandang dia mulia, nak puja dia sebagai alimin, sebab nak popular. Ce teka plak sape orang ketiga? Lelaki yang pergi mana? Pergi hatyai? Pergi disko? No no nooo.. lelaki yang pergi berjihad, tapi sebab nak orang cakap dia berani dan hebat dan gagah. Perhatikan semua sebab-sebab tu adalah kerana tidak ikhlas. Kan? Dalam riwayat lain kata, orang keempat ialah orang kaya yang bersedekah ke jalan Allah sebab nak orang puji dia pemurah dan baik hati.

Cite pasal jihad ni, aku (ustaz Nazmi) nak sentuh sikit, orang-orang yang kata orang yang nak pergi berjihad ni sebagai terrorist, ko siap la kat akhirat nanti. Siape-siape yang tulis dalam Utusan Meloya tu dan kata mereka-mereka yang nak pergi jihad kat Syria ni sebagai terrorist, memainkan hudud dud dud, ko tunggu la balasan kat akhirat nanti untuk ko sebab ko dah mensyirikkan Allah. See you in hell.

Sambung. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Mereka pun dah besar, dewasa. Ditakdirkan, Allah kabulkan doa-doa mereka. Yazid, anak Muawiyah mati, orang ramai angkat dan bai’ah Abdullah bin Az-zubair jadi khalifah, kuasai semenanjung Arab, Mesir, Yaman, Iraq. Abdullah dan Yazid dulu tak geng, mereka bersengketa. Jadinya, kumpulan yang sokong Yazid tak puas hati. Lalu terjadilah peperangan dan Abdullah mati dibunuh di Rukun Yamani, tempat dia berdoa dulu.

Kemudian adiknya naik, Mus’ab Az-zubair. Masa kecik diorang berempat ni berkawan. Tapi dah besar, Mus’ab dah tak geng dengan Abdul Malik bin Marwan sebab Abdul Malik ni geng Yazid. Mus’ab dah tentulah sokong abang dia. Berlaku lagi peperangan. Mus’ab mati dibunuh. Allah makbulkan pulak doa Abdul Malik dan jadilah dia khalifah yang namanya hebat. Khalifah yang amat dihormati oleh seluruh timur tengah, eropah, dan afrika masa tu.

Ulwah pula, haa.. ni yang pelik pengarang kitab ni. Pengarang ni ikut suka nak cerita macam mana. Skarang ni baru nak cerita sejarah hidup Ulwah dari awal. Ulwah dilahirkan pada tahun pertama kekhalifahan Umar al-Khattab. Ayah Uiwah ni, Az-zubair bin Al-Awwam, mendapat gelaran hawariyyu (bodyguard Nabi). Sangat setia pada Nabi. Az-Zubair ni orang pertama yang hunus pedang apabila ada orang hina Nabi masa umat Islam masih takut-takut dan berselindung lagi di Mekah, masa Islam masih senyap-senyap lagi. Agak-agak korang, dia hunus pedang tu masa umur dia berapa? 25? 18? 17? Heh. Masa tu dia berumur 12 tahun. Sangat-sangat berani. Beliau adalah salah seorang dari 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Nabi.

Mak kepada Ulwah, yakni isteri Az-zubair pula ialah Asma’ binti Abu Bakar. Anak saidina Abu Bakar. Sape Asma’ ni? Orang Islam pertama yang kena lempang dengan Abu Jahal, sebab tak bocorkan rahsia di mana Abu Bakar dan Nabi bersembunyi. Atuk Ulwah sape? Abu Bakar aar.. Mak Abu Bakar, Saufiyah binti Abdul Mutalib, makcik Nabi. Makcik Ulwah, iaitu adik Asma’, ialah Aisyah r.a. Jadi, keluarga Ulwah ni memang orang-orang yang rapat dengan Nabi. Orang-orang yang beriman sesangat.

Lalu Ulwah mula belajar bersungguh-sungguh dalam tempoh dia membesar. Dulu aku belajar kat Syria, awek sane lawa-lawa giler.. giler pun tak camtu. Aku muda-muda masa tu, memang reengg reenng reenng arr.. tapi mak tak bagi kahwin. Redha je lah. Okeh, sambung balik. Ulwah belajar dengan sahabat-sahabat Nabi yang masih hidup. Dia jumpa siapa sahaja yang boleh memberikan ilmu kepadanya.

Nak cite sikit, Imam Syafie masa nak belajar dengan Imam Malik, hebatnya Imam Malik ni sampai orang kata, kalau selagi Imam Malik masih ada di Madinah, takde orang berani nak keluarkan fatwa. Ilmunya paling tinggi di Madinah waktu tu. Teramat alim. Imam Syafie masa nak belajar dengan Imam Malik tu, Imam Syafie dah jadi alim dah pun, dah keluarkan fatwa, dan jadi mufti, tapi tak pernah rasa dah cukup ilmu,masih nak belajar.

Sebabnya Imam Malik dihormati camtu, al-kisah ada seorang wanita Madinah mati, ade lah seorang wanita ni memandikan jenazah wanita tu. Aku rasa korang akan kata cite aku ni tak logik, tapi aku pedulik hape korang nak kata logik ke tak logik. Si pemandi jenazah tu masa mandikan area kemaluan jenazah tu, kena lah masukkan tangan untuk bersihkan najis jenazah kan. Terdetik dalam hati dia “kalau kemaluan kau macam ni, memang perangai ko...” kiranya macam dia tuduh jenazah wanita tu pernah berzina, dia cakap dalam hati. Tiba-tiba, tangan dia kena kepit dengan kemaluan jenazah tu. Tak boleh dikeluarkan. Dia jerit minta tolong. Orang-orang berkumpul. Semua orang bagi fatwa, suruh potong kemaluan jenazah tu, aiisshh.. Mana boleh menyeksa mayat. Ada plak fatwa potong je tangan wanita tu, aiiisshh.. Ko jangan wat giler.. last-last, mereka tanya pada Imam Malik, Imam Malik kata sebat wanita pemandi jenazah tu dengan 80 sebatan. Kiranya hukuman qazaf la. Elok je lepas 80 kali sebatan, terus boleh keluar tangan pompuan tu. Dari situlah orang mula respek Imam Malik sesangat.

Imam Syafie jumpa Imam Malik, ketuk-ketuk rumah, bibik Imam Malik keluar. Bibik tu kata, Imam Malik nak berehat. Datang hari lain la. Imam Syafie bagi surat yang diberi pemerintah Madinah kepada Imam Malik agar Imam Malik mendidik dan beri tunjuk ajar kepada Imam Syafie. Masa tu Imam Malik pun keluar dan baca surat tu, dan dibuang surat tu dan berkata sejak bila nak menuntut ilmu kena guna kuasa pemerintah? Terkena kejap Imam Syafie. Pastu Imam Syafie pun kenalkan diri siapa dia dan apa keturunannya, susur galur keluarganya, kemudian barulah Imam Malik terima sebagai murid.

Nabi suruh kita dengan menyeru kita, jadilah orang yang alim, kalau berusaha ke arah itu, pasti jadi alim. Nak jadi alim ni bukan senang. Susah bro. Jika tak mampu, jadilah seorang mutta’alim iaitu orang yang menuntut ilmu, yang pergi kuliah bawa kitab, atau bawa buku dan catat, kalau tak mampu jugak, jadilah orang yang mendengar ilmu, macam korang-korang ni semua la, dengar sampai ternganga mulut. Kalau tak mampu jugak, jadilah orang keempat, iaitu orang yang suka pada ilmu.

Akhir sekali Nabi kata, jangan jadi golongan yang kelima, iaitu orang yang benci, menyampah pada ilmu. Dah la tak dengar, halang pulak ceramah tu. Rosak hidup, takde berkat. Tak percaya, tunggu la ko mati, baru tau azab dia. Korang tau tak, bulan lepas, Ustaz Azhar Idrus tu nak buat kuliah kat sebuah masjid besar kat Melaka. Dah bagi surat kat Menteri Besar. Last-last minit kena batal. Menteri Besar kata, boleh teruskan program tu, tapi dengan ustaz diorang. Hek eleh.. mane la ade orang nak pegi dengar. Kesian aku tengok penganjur yang dah pasang banner bersepah-sepah, setting itu ini. Akhirnya, pindah ke masjid yang tak berapa besar, kat dalam kampung. Ni lah puak-puak yang menghalang kuliah agama, puak-puak mangkuk hayun. Balasannya kompem neraka.

Kita bersambung kisah Ulwah ni di bulan depan di Masjid ini, insyaAllah..

Eh, ada soalan. “zaman dulu orang beriman bai’ah pada Nabi, sekarang kita nak bai’ah pada siapa?” jawapannye, korang bai’ah pada kumpulan yang istiqamah memperjuangkan Islam dari dulu sampai sekarang tak henti-henti. Tau tak sape? Tau tak kumpulan ape? Tak tau? Korang duduk mane ni? Haish.. nak kena aku cakap jugak. Parti Islam Semalaysia. Nabi berkata, ulama dari kalangan orang beriman tidak akan sepakat melainkan atas perkara yang benar. Korang nampak ulama kat malaysia ni banyak dan ramai kat belah mana? Haku rasa semua ulama kat Malaysia ni sokong perjuangan PAS. So, pandai-pandai lah korang pikir. - 


Sumber,
Facebook PAGE Ustaz Nazmi Karim (Original)



SHARE untuk manfaat bersama..

0 comments:

Post a Comment