Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

AES Detector: Kini anda tidak perlu lagi bimbang disaman.

Written By News Terkini on Wednesday 24 October 2012 | 16:31

                                                     Screenshot aplikasi AES Detector untuk Android

AES Detector Percuma untuk Android

Kini anda tidak perlu bimbang lagi risiko untuk terkena Saman AES, kerana melalui pengkalan Data Google(Google Play), anda boleh memuat turun aplikasi AES Detector untuk sistem Android telefon anda. Aplikasi  hanya bleh digunakan di Malaysia. Aplikasi ini dibangunkan oleh Kevin Chua.

Cara Penggunaan
Anda tidak perlu talian internet untuk aplikasi ini beroperasi. Yang anda perlukan hanyalah mengaktifkan GPS, jadi penggunaaan aplikasi ini tidak menelan kos. Ianya sebuah produk yang percuma. Ia akan mengeluarkan bunyi jika terdapat Kamera AES berdekatan anda pada jarak dalam 1000m. Jadi dinasihatkan anda mengaktif kan bunyi talifon bimbit anda supaya tidak terlepas bunyi amaran yang dikeluarkan. Pastikan isyarat GPS di telefon anda dadalah kuat. Jika isyarat GPS lemah, kemungkinan AES Dtector hanya dapat megnesan Kamera AES tersebut setelah melepasi kamera tersebut.

Untuk mendapatkan info terkini dan 'update' berkaitan aplikasi ini, boleh rujuk di SINI.
Untuk dapatkan aplikasi ini, boleh DOWNLOAD di SINI.


AES Detector Percuma untuk IOS

Kepada para pengguna IOS, anda tidak perlu bersedih kerana Lim Seng Hoong telah menyediakan satu aplikasi mengenalpasti lokasi AES di Seluruh Malaysia. Dan yang uniknya, aplikasi ini hanya boleh digunakan di Malaysia sahaja. Untuk pengguna IOS, anda boleh DOWNLOAD di SINI.

Aplikasi ini telah digunakan oleh 19,238 pengguna IOS dan bilangannya semakin meningkat.


Senarai Lokasi AES yang telah di pasang di seluruh negara:


Untuk melihat lokasi pemasangan Kamera AES di Google Map, Klik SINI.



'SHARE-SHARE' la ye ngan kawan2..