Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

[PENGAJARAN] KISAH 500 Meter dari 7Eleven

Written By News Terkini on Wednesday 7 November 2012 | 03:24

 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/a1/7eleven_malaysia.jpg

Suatu malam 500 meter dari 7-Eleven. Kelihatan dua gadis tengah berbicara. Situasi nampak tegang.

Anis: "Kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku! Biarlah aku mati dilanggar keretapi dari terseksa hati begini. Sampai hati bf sendiri curang depan mata dengan awek lain! Siap pegang tangan lagi! Aku tengok sendiri kegiatan tidak bermoral beliau ittewww!"

Farah: "Astaghfirullahaladzim. Istighfar Anis. Di

a bf je. Bukan suami. Lantaklah dia nak buat apa. Nanti dia dapatlah balasannya tu. Suami yang baik, dia ada ciri-ciri setia. Ko patut bersyukur Allah dah tunjuk awal-awal dia tu tak layak jadi suami."

Anis: "Tapi aku sayang dia dowh!"

Farah: "Tu bukan sayang kalau sampai nak mati. Sayang bukan boleh bawak sampai mati pun. Ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak yang soleh solehah. Itu je yang boleh."

Anis: "Argh. Boleh tak kalo tak bagi tazkirah time-time aku memerlukan macam ni?! Stress tahu tak!"

Farah: "Iya, maafkan aku. Cuma aku nak bagitau ko, Rasulullah SAW ada pesan jangan sesekali mendoakan sesuatu yang tidak baik pada diri sendiri, anak-anak atau harta kita. Kerana apabila doa itu diucapkan tepat pada waktu Allah sedang menerima doa, maka dikabulkan doa itu."

Pang! Penampar hingga di muka Farah.

Anis: "Ohh! Maksudnya, ko nak aku mampus la ni! Aku tengah panas ni. Asyik nak tazkirah je. Aku cari BFF lain je lah! Kita putus kawan! Ko pun sama, suka kat BF aku gak sebab dia ensem kan?! Aku tahu ko pernah hantar mesej dekat dia dulu! Ko pun sama je jahat!(emo)"

Farah: "Anis!"

Anis terus berlari meninggalkan Farah. Berlari dan terus berlari. Sampai di gate keretapi yang ditutup, dia teruskan juga larian. Semboyan keretapi kuat berbunyi.

Suasana bingit seketika. Hanya kedengaran bunyi bising roda keretapi bergesel-gesel berat dengan landasan besi. Hingga akhirnya keretapi tersebut sampai di stesennya.

Kelihatan tangan manusia berada di tengah-tengah landasan. Dua kaki lagi tercampak beberapa puluh meter dari landasan.

Mungkin mereka tidak sedar, tatkala kata-kata persis doa tadi diucapkan, waktu itu baru sahaja selesai azan Isyak. Belum pun dilaungkan Iqamah. Doa antara azan dan iqamah tidak akan tertolak.

TAMBAHAN:

Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah engkau berdoa buruk atas dirimu, jangan berdoa buruk atas anakmu, jangan berdoa buruk atas pembantumu, jangan berdoa buruk atas hartamu, kerana apabila lantunan doamu tepat pada saat yang dikabulkan Allah dan pada saat engkau meminta sesuatu permintaan, Allah akan mengabulkannya. 
(H.R. Muslim)

Sabda Nabi s.a.w “ Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” 

( HR Al-Tirmizi dianggap sebagai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami )

Sumber,
FaceBook Pelukis Kartun Dakwah


Cuba fikir balik,
Mati lagi baik?? Mane ko tau? Ko pernah mati ke? Ko tau tak bila mati, kita akan berdepan dgn Malaikat Maut yg sangat menyeramkan, kemudian berdepan dgn malaikan Munkar dan Nakir yg sangat menakutkan.. Kalau ko tak percaya, cuba mati dulu, jgn menyesal..

SHARE-SHARE untuk manfaat bersama...

0 comments:

Post a Comment