Sebagai
seorang pemimpin sudah tentu ia akan dilimpahi dengan harta kekayaan
dan kemewahan. Namun tahukah anda terdapatnya seorang presiden yang
digelar sebagai presiden termiskin di dunia.
Seorang presiden umumnya hidup penuh
dengan kekayaan dan nikmat dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan yang
diberikan. Namun percaya atau tidak, hal ini berbeza terhadap dengan
seorang presiden ini. Beliau telah mendapat sebuah gelaran dari
rakyatnya sebagai ‘presiden paling miskin di dunia‘. Presiden itu bukan
di Malaysia, tetapi Dialah Jose Mujica, presiden Uruguay dijuluki
sebagai “el presidente mas pobre” yang bererti presiden termiskin. Ini
disebabkan presiden yang berusia 77 tahun ini menyumbangkan hampir
seluruh gajinya sebagai orang nombor satu untuk rakyat.
Kepada surat khabar Sepanyol, El Mundo,
Jose Mujica mengaku menerima gaji sebesar USD 12.500. Namun ia hanya
mengambil USD 1.250 dari gajinya. Alhasil ia pun dianugerahi gelar lain
sebagai presiden paling dermawan di dunia.
“Saya baik-baik saja dengan jumlah itu,
keraa di Uruguay banyak yang hidup dengan penghasilan yang penghasian
yang jauh lebih sedikit dari itu.” tuturnya merendah.
Seperti yang dilansir oleh Yahoo, Jose
Mujica juga mengajak isterinya yang merupakan seorang senator untuk
melakukan hal yang sama.
Jose Mujica tinggal di rumah pertanian
di Montevideo. Selama dirinya menjadi presiden, pengeluaran terbesar
yang pernah ia keluarkan adalah pembelian sebuah kereta Volkswagen
Beetle, senilai USD 1.945.
Hal positif lain yang patut ditabik di
masa kepemimpinan Mujica adalah tingkat korupsi yang paling sedikit di
antara negara di benua Amerika Selatan. Lelaki yang merupakan mantan
pejuang gerila ini sama sekali tidak memiliki akaun bank ataupun hutang.
Meski begitu ia mengaku memiliki satu hal berharga yang tidak boleh
dibeli oleh wang, iaitu anjingnya, Manuela.
Diketahui, Jose Mujica bukanlah presiden
pertama yang menyumbangkan gajinya. Presiden AS John F. Kennedy,
menyumbangkan gajinya, hal serupa juga dilakukan Presiden Herbert
Hoover.
Selayaknya hal ini patut di contoh bagi
para pemimpin di dalam negeri kita. Pemimpin yang benar-benar
mengabdikan diri dan kekayaannya untuk rakyat. Bukan hanya untuk
kekuasaan dan harta.

Jika di Malaysia, antara pemimpin yang boleh dicontohi ialah seperti Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sebelum memerintah, beliau tinggal di rumah kayunya. Setelah memerintah lebih 22 tahun, itulah juga rumah beiau, masih lagi rumah kayu. Beliau pernah ditanya, mengapa tidak tinggal saja di rumah kerajaan, beliau menjawab, rumah kerajaan itu hak rakyat, bukan hak saya.
Antara contoh lain yang boleh di lihat di Malaysia ialah seperti Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau pernah ditanya, kenapa beliau tidak menaiki sahaja kereta kerajaan. Beliau menjawab, "Sekarang ini saya pergi untuk urusan peribadi, saya tiada hak untuk menggunakan kereta kerajaan. Kereta kerajaan hanya untuk urusan kerajaan."
Teingat satu kisah ketika zaman pemerintahan Saiyidina Umar Al-Khattab, setelah beliau melantik penasihatnya menjadi wakil rakyat bagi sebuah negara di Timur Tengah pada ketika itu. Wakil rakyat itulah merupakan manusia termiskin dalam negara tersebut, malah beliau tak pernah menyentuh walau satu sen pun wang Baitulmal. Beliau juga hanya mmpunyai sehelai pakaian, dan tidak pernah mengabaikan makan minum keluarganya.

Sumber,