
Bagaimana seorang yang terkenal dengan video seks boleh dibiarkan menghina Islam secara terbuka? Adakah kerana mereka parti pemerintah, jadi mereka dibenarkan berbuat demikian. Jika dulu, apabila Karpal Singh tidak setuju dengan Hudud, beliau dikutuk 24jam di televisyen, sedangkan memang orang bukan Islam tak wajib terima Hudud, Hudud hanya untuk orang Islam, seperti Solat, puasa, zakat dan Haji. Walaubagaimanapun, Karpal Singh telah menarik balik kenyataan beliau pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama.
DAP tidak dapat menyatakan pendirian yang tetap tentang isu ini adalah kerana media massa dikuasai yang oleh MCA. Jika DAP menyatakan pendirian mereka menyokong Hudud, sudah tentu MCA akan menggunakan TV dan surat khabar untuk menghasut orang-orang Cina bahawa DAP adalah pengkhianat kepada orang Cina kerana menyokong Islam.
Tapi yang menghairankan apabila Chua Soi Lek, seorang pemimpin MCA/BN dibiarkan menghina Islam secara berterusan. Beliau banyak mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Antaranya:
- Undang-undang Islam(Hudud) akan memusnahkan ekonomi dan membinasakan diri.
- Negara yang mengamalkan undang-undang Islam adalah korup dan mundur.
- Dakwaan undang-undang Islam boleh kurangkan jenayah adalah palsu.
- Undang-undang Islam boleh menyebabkan pelabur-pelabur lari.
- Undang-undang Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah satu penipuan.
Tidak lupa juga sebuah kenyataan bodoh yang pernah dikeluarkan oleh seorang pemimpin BN, Datuk Seri Kong Cho Ha:
"DAP berdosa kerana membantu PAS memperjuangkan undang-undang Islam.."
Kalau BERSIH, Laju je keluar fatwa, "Haram.. Haram.. Haram.."
Ketika Islam di hina??
Sampai bila Islam akan terus dihina? Dimanakah UMNO? Dimanakah JAKIM? Dimanakah Mufti?
UMNO diam membisu apabila rakan parti mereka mengHina Islam.
Anda jaga Islam atau jaga periuk nasi?
Yang paling menyedihkan, apabila wakil MCA menghina Islam dan Tuan Guru Nik Aziz, tiada seorang pun ahli Parlimen Melayu UMNO bangun menentang statement kurang Ajar MCA tersebut, sebaliknya ahli Parlimen DAP, Anthony Loke yang bangun mempertahankan Islam dan Tuan Guru Nik Aziz dari di hina.
Video Chua Soi Lek menghina Islam:
Video Pemimpin DAP mempertahankan Nik Aziz:
Update: Himpunan Aman dan serahan Memorandum bantahan kebiadapan Presiden MCA terhadap Islam pada hari Rabu [esok] 24 okt 12, jam 2.30 pm Kumpul di LRT Ampang, selepas itu bergerak ke Wisma MCA , Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber rujukan:
- http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F10%2F20%2Fnation%2F20121020100507&sec=nation
- http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F10%2F20%2Fnation%2F20121020134004&sec=nation
- http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F10%2F20%2Fnation%2F20121020204433&sec=nation
- http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/soi-lek-bersetuju-pas-galakkan-rogol-wanita-bukan-islam/
Sila 'SHARE' jika anda sayangkan Islam. Kita selamatkan rakan-rakan kita dari menanggung DOSA mengundi MCA yang kurang ajar.