Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

Wanita Lahirkan Anak Kuda

Written By News Terkini on Sunday 28 October 2012 | 20:38

 

Sebenarnya banyak kita dengar kes-kes tentang wanita melahirkan anak tetapi dalam bentuk fizikal haiwan. Seperti sebelum-sebelum ini kita juga pernah mendengar kes melahirkan ular dan sebagainya. Kejadian pelik kali ini pula berlaku di  Benin City, Nigeria di  sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu seorang bayi yang menyerupai kuda. Bahkan ada juga yang mengatakan ia menyerupai seekor kambing.

Seorang saksi, Puan Veronica Egiebor, seorang jururawat, menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang penjual sayur-sayuran dan telah berkahwin. Tujuannya datang ke gereja adalah berdoa dan memohon diberikan anak.

Beliau telah memegang kaki seseorang itu dengan pakaian kerana dia menolak sukar untuk bayi untuk keluar. Kemudian, ada sesuatu yang kelihatan jatuh. Namun bila dilihat, sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi.

Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah gereja yang di gelar World Liberation Ministry, Evuoriaria Community di Nigeria sewaktu sessi berdoa oleh paderi.

Bayi berupa kuda itu dikatakan mati setelah beberapa ketika, ianya dibiarkan diatas lantai gereja untuk tatapan orang ramai sebelum dibuang pada keesokkan harinya.

Bagi penulis, memang terkejut dan pelik dan mungkin berasa ketakutan setelah melahirkan anak berupa seekor kuda, apatah lagi setelah 11 tahun tidak memperoleh anak. Tetapi sebagai seorang manusia, tidakkah mempunyai rasa belas kasihan terhadap makhluk bernyawa hingakan sanggup dibiarkan di atas lantai.

Sumber,
www.islamitusuci.com 

Rujukan,
http://www.informationnigeria.org/2012/09/update-woman-who-gave-birth-to-horse-like-creature-was-childless-for-11-years.html


Wanita Lahirkan Anak Kuda Wanita Lahirkan Anak Kuda Wanita Lahirkan Anak Kuda Wanita Lahirkan Anak Kuda