Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

Karenah Penumpang Keretapi Di India (11 Gambar)

Written By News Terkini on Thursday 1 November 2012 | 16:26





Jika anda terasa untuk komen, "Bersyukurlah, KTM negara kita lebih maju dari di India."

Di sini ingin saya menjawab, Ya, memang kita Bersyukur kpd Allah di atas semua kurniaanNya. Kita berterima kasih kepada KTM di atas servis mereka. Tetapi, manusia berhak untuk mendapatkan yang lebih baik, lebih-lebih lagi benda yang baik tersebut benda yang berbayar, bukannya 'percuma'.

Servis yang kita mahukan ialah ketepatan masa, itu yang paling penting. Dari sudut fizikal memang kita berpuas hati. Kerana kita tahu KTM memang tak mampu untuk membina kereta api 500KM/J. Nak buat macam mana, Pakar negara kita lari ke luar negara kerana gaji tinggi. Negara kita pulak import berjuta-juta orang-orang Bangla Myanmar untuk bekerja di dalam negara. Sampai bila-bila pun negara tidak akan maju

Negara kita tidak akan MAJU jika selalu dibandingkan dengan negara yang lebih teruk, negara kita hanya akan maju jika selalu dibandingkan dengan negara yang lebih baik.

Syukurlah, KTM negara kita lebih teruk ketepatan masa dari Negara Jepun. <--- Ini baru betul. =D

*Fakta: Indian Railways merupakan Syrikat yang mempunyai bilangan pekerja ke-8 paling ramai di dunia, iaitu seramai 1.4 Juta orang pekerja. - Sumber, BBC


Sumber Gambar,
Blog Serius

1 comment: