Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

Umat Islam dah termasuk perangkap Zionis akibat BUTA Politik

Written By News Terkini on Tuesday 30 October 2012 | 11:55



Ramai umat Islam salah faham tentang isu di Syria termasuk penulis sendiri. Kita seronok dan bangga dengan peristiwa Arab Spring, dan bangga Edrogan menjadi Perdana Menteri Turkey.

Antara pemimpin-pemimpin yang menjadi mangsa Arab Spring ialah Muammar Gaddafi dan Bashar Al-Assad, hinggakan umat Islam Ahlul Sunnah Wal- Jamaah mencipta satu DOA untuk menghancurkan Bashar Al-Assad.

Sebenarnya, Bashar dan Muammar Gadafi adalah berfahaman Sosialis Islam dan sangat menjaga kebajikan rakyat mereka. Mereka juga sangat anti kepada Israel dan Amerika. Sebab itulah kerajaan Bashar Al-Assad dan Iran membekalkan senjata kepada tentera-tentera Hamas untuk menyerang Israel. Kemudian timbul pula Tentera Hizbullah dari Lubnan juga membuat serangan ke atas Israel.

Di sebabkan Amerika tidak puas hati dengan sikap kedua-dua pemimpin ini, maka Amerika mencetuskan Arab Spring, untuk menjatuhkan Muammar dan Bashar. Amerika telah membekalkan senjata kepada Para Mujahidin iaitu tentera-tentera bebas Syria, tetapi bukan kerana Amerika menyokong Islam, sebaliknya Amerika hanya mahu menjatuhkan Bashar dan menggantikan dengan pemimpin Sekular seperti yang mereka mahukan. Untuk pengetahuan semua, Bashar adalah salah seorang pemimpin yang berfahaman Sosialis Islam, sama seperti Muammar Gaddafi.


Yang menjadi mangsa ialah rakyat Syria yang tak bersalah. Di pihak tentera Bashar pula mereka mendapat bekalan senjata dari Russia, sepertimana yang kita tahu, Russia memang anti Amerika dari dahulu lagi.

Russia mahu pertahankan Bashar, Amerika mahu menjatuhkan Bashar, rakyat Syria menjadi mangsa. Ye, memang Syiah adalah ajaran yang bertentangan dengan AhlulSunnah Wal-Jamaah, tetapi jangan kerana mereka berbeza fahaman dengan kita, kita sanggup menafikan perjuangan mereka menentang Kafir Harbi Zionis. Hizbullah bermandi darah melawan Zionis, Iran mencipta teknologi membantu Hamas.

Ya, memang kita AhlulSunnah Wal-Jamaah mahu Bashar jatuh, tapi bukan kerana beliau Syiah. Kita mahu beliau jatuh kerana beliau bertindak zalim ke atas rakyatnya.

Iran satu-satunya negara Islam yang memiliki senjata Nuklear, tetapi Amerika tidak berani menyentuh negara tersebut, kerana Iran mendapat perlindungan politik daripada Korea Utara dan Russia, bukan kerana Korea Utara dan Russia mahukan Islam, tapi adalah kerana DUA negara tersebut memang Anti Amerika.

Arab Saudi langsung tidak membangunkan teknologi dan senjata yang canggih, mereka hanya menjadi BARUA yang membekalkan minyak dan kekayaan kepada Amerika.

Ya, Arab Spring adalah kebangkitan Islam, tetapi ia dicipta oleh Amerika/Israel untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin Islam yang menentang Israel. Ya, termasuk juga di Mesir, kebangkitan rakyat di Mesir adalah dicetuskan oleh Amerika. Akan tetapi, Syukur kita kepada Allah, kerana di Mesir, terdapat sebuah Jemaah Islam iaitu Ikhwanul Muslimin. Cubaan Amerika untuk merampas Mesir gagal setelah Ikhwanul Muslimin menang dalam Pilihanraya Mesir yang lalu.

Amerika dan Israel akan berjaya jika mereka berhasil melaga-lagakan Umat Islam. Apabila Sunni, Syiah dan Sosialis Islam berpecah, berjayalah mereka menakluk dunia dengan fahaman SEKULARISME mereka yang SANGAT bahaya.

Ya, Syiah berlainan Mazhab dengan kita, tapi INGAT. Mereka adalah saudara seIslam kita. Musuh kita bukan Syiah, bukan Sosialis Islam, TAPI musuh kita sebenarnya adalah SEKULARISME, kepalanya ialah Amerika dan Israel, dan mereka juga mempunyai Cawangan di Malaysia di mana masih berkuasa dan gah dengan slogan "Ketuanan Melayu." Tak hairanlah, kerana Penasihat Agung Negara kita adalah APCO Worldwide, sebuah Konsultan Yahudi yang terkenal.

Ingat, selagi Cawangan Israel masih memerintah di Malaysia, selagi itulah pembebasan Palestin hanya tinggal angan-angan kosong.

*Di update dari masa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment