Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Cara mengatasi masalah tidur, Insomnia


Tubuh mulai kurang segar, stamina menurun, aktiviti harian terbantut. Apakah punca kesukaran tidur, atau insomnia? Walaupun berasa mengantuk, tetapi masih tidak dapat melelapkan mata meskipun sudah membaca buku, menonton TV dan sebagainya. Walaupun gangguan ini bersifat sementara, tetapi ianya akan menjadi parah jika tidak diatasi. Setiap orang memerlukan masa tidur yang berbeza-beza. Ada yang perlukan 8 jam, atau 4 hingga 5 jam. Tetapi itu tidak mustahak. Apa yang lebih penting ialah kualiti tidur anda.

Lihat seterusnya...



Berita Terkini

[SAINS] Neutrino Belum Mampu Atasi Halaju Cahaya

Written By News Terkini on Thursday 4 October 2012 | 03:39

 http://science.nasa.gov/media/medialibrary/2008/10/10/10oct_lhc_resources/aerial-view_strip.jpg

Jika pembaca boleh ingat lagi, eksperimen kontroversi yang di lakukan oleh European Organization for Nuclear Research (CERN) September tahun lalu, yang di dakwa oleh sesetengah pihak dan sebahagian saintis sebagai eksperimen yang berbahaya dan boleh mengancam keselamatan bumi, pihak CERN meneruskan ujikaji mereka untuk mencipta sesuatu yang mampu bergerak lebih laju dari cahaya. Akhirnya mereka mengaku bahawa terdpat kesilapan dalan bacaan mereka, dan mereka tunduk kepada kelajuan cahaya yang masih belum dapat diatasi.

Kumpulan penyelidik ICARUS yang diketuai oleh Carlo Rubia telah menjalankan eksperimen ulangan mengenai neutrino yang dikatakan lebih pantas berbanding halaju cahaya. Berita menggemparkan dunia sains ini muncul pada bulan September tahun 2011. Walaubagaimanapun, penemuan terbaru dalam eksperimen tersebut menunjukkan bahawa halaju cahaya belum dapat diatasi.

Menurut Rubia “hasil penyelidikan kumpulannya sangat meyakinkan dan mengesahkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan penemuan eksperimen Oscillation Project with Emulsion-tRacking Apparatus (OPERA) September lalu”.

Neutrino adalah partikel asas yang sangat kecil. Ia terhasil dari pereputan radioaktif, pelakuran yang terjadi di matahari atau reaktor nuklear dan ketika sinar kosmik menghentam sekumpulan atom.

Dalam penyelidikan yang dijalankan di Gran Sasso National Laboratory, Italy di kedalaman 1400 meter, penyelidik menguji neutrino yang dilepaskan dari makmal European Organization for Nuclear Research (CERN), Switzerland.

Penyelidik OPERA pada awalnya melaporkan bahawa neutrino bergerak 60 nanosaat lebih pantas dari cahaya. Penemuan ini memberi kejutan di kalangan komuniti sains seluruh dunia kerana saintis tersohor di abad ke-20 Albert Einstein menyatakan bahawa tiada suatu partikel yang bergerak melebihi kelajuan cahaya.

Ramai saintis meragui penemuan tersebut dan menganggapnya sebagai suatu yang kurang tepat. Banyak pihak menyatakan adanya kesilapan di dalam eksperimen termasuk tatacara pengendalian peralatan atau pun kaedah penyelidikan.

Kumpulan penyelidik lain kemudian mula melakukan ulangan eksperimen lain untuk membuktikan kebenaran hasil penyelidikan kumpulan penyelidik OPERA. Salah satu kumpulan penyelidik terdiri daripada kumpulan ICARUS.

Penyelidik ICARUS melakukan eksperimen menggunakan 600 tan (430,000 liter) cecair argon (ICARUS Liquid Argon Time Projection Chamber) untuk mengesan kehadiran neutrino yang dihantar melalui bawah tanah sepanjang 730 kilometer dari CERN.


Ujikaji CERN tidaklah berbahaya seperti yang di dakwa sesetengah media kononnya eksperimen mereka bakal membentuk satu ubang hitam yang baru.

Sandro Centro jurucakap bagi pihak ICARUS menyatakan bahawa halaju pergerakan neutrino sama sahaja dengan halaju cahaya. Menurut Centro, mereka yakin bahawa halaju cahaya adalah sama dengan halaju neutrino, tidak lebih dan tidak berkurang seperti yang dilaporkan dalam BBC baru-baru ini.

Menurut Centro, penemuan penyelidik OPERA yang terdahulu terhasil daripada kesilapan dalam kaedah penyelidikan. Ia diakui sendiri oleh penyelidik OPERA pada bulan Februari yang lalu. Mereka menyatakan bahawa kesilapan pengukuran disebabkan sambungan di antara bacaan GPS dan pengukur utama OPERA. Antonio Ereditato, salah seorang penyelidik OPERA dalam kenyataannya menjelaskan bahawa ada komponen tertentu dalam peralatan kajian yang tidak berfungsi.

Walaubagaimanapun, beliau tidak kecewa dengan pembuktian yang ditunjukkan oleh kumpulan ICARUS kerana menurut beliau, perkara tersebut adalah lumrah dalam kajian saintifik. Hasil kontroversi tersebut juga memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tahu tentang perkembangan dunia sains dan penyelidikan terkini bidang fizik partikel.

5 Gambar makmal ujikaji neutrino CERN:

http://www.washingtonpost.com/rf/image_606w/2010-2019/WashingtonPost/2011/12/13/Health-Environment-Science/Images/cern_1.jpg

http://wiki.creativecommons.org/images/8/84/CERN_large_hadron_collider.jpg

http://www.thehindu.com/multimedia/dynamic/00844/TH24-CERN-BRSC_844930f.jpg


http://science.nasa.gov/media/medialibrary/2008/10/10/10oct_lhc_resources/aerial-view_strip.jpg

http://science.nasa.gov/media/medialibrary/2008/10/10/10oct_lhc_resources/tunnel_med.jpg

Sumber,
www.majalahsains.com
www.science.nasa.gov



Rujukan lain:
http://www.sciencedaily.com/releases/2012/03/120316204743.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Neutrino
http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-17364682
http://en.wikipedia.org/wiki/Faster-than-light_neutrino_anomaly
http://en.wikipedia.org/wiki/CERN
http://public.web.cern.ch/public/