Kajian saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia.
Menurut Dr Carol Greenwood,
seorang saintis nutrisi dari Universiti Toronto, kandungan dalam teh
membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan otak kerana ia memberi
kesan terhadap aktiviti sel dalam otak.
Kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Eve Top Center for Neurodegenerative Diseases telah menunjukkan pengambilan teh hijau yang mengandungi flavonoid menjadikan sel otak lebih sihat dan meningkatkan tahap kemampuan otak melawan stress.
Flavonoid
ialah sebatian yang yang tergolong dalam kumpulan metabolit sekunder
dan kerap ditemui dalam tumbuhan. Ia merupakan bahan utama dalam teh dan
berperanan sebagai bahan anti oksida. Teh yang mengandungi flavonoid
dapat merawat kecederaan pada sel otak.
Oleh,
www.Majalahsains.com
0 comments:
Post a Comment