Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.
"Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.
"Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel. Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar Umno itu.
Malaysiakini kelmarin melaporkan permohonan mahasiswa baru Unisel untuk mendapatkan pinjaman PTPTN dibekukan dan difahamkan ia dimaklumkan secara dalaman tanpa sebarang pekeliling.
Tinjauan Malaysiakini di laman forum PTPTN turut mendapati terdapat jawapan bahawa pinjaman itu "ditangguhkan buat sementara waktu".
Komen pembaca yang mendapat sokongan tertinggi,
Perbendaharaan Negara tu siapa punya lah Khalid Nordin? bukankah PR berjanji nak hapuskan PTPTN kalau kuasai Putrajaya? apa bengap sgt tak faham apa yg dimaksudkan..macam ni ke mentaliti Menteri Pengajian tinggi Malaysia? buat malu je baik letak jawatan lah?
sah tak tgk debat ptptn ari tu. pendidikan adalah bwh tanggungjawab kerajaan persekutuan bukan kerajaan negeri. PR bercakap akan masuh PTPTN dan bagi pendidikan percuma jika dan hanya jika berjaya memerintah putrajaya nanti. klu nak kerajaan selangor buat pendidikan percuma, pulang balik la cukai yg kerajaan negeri bayar setiap bulan kat kerajaan persekutuan. aku pasti, dgn mudah kerajaan selangor boleh bagi pendidikan percuma.
Oleh,
Malaysiakini.com/bm
0 comments:
Post a Comment